Seramai 98 orang pensyarah KMP telah mengikuti kursus "Pengurusan Strategik Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Organisasi" bertempat di Kg Tok Senik Resort, Langkawi. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya ini telah berlangsung dari 5-7 Mei 2008 dan telah dikendalikan oleh "Puncak Iltizam Management Services". Objektif utama adalah untuk meningkatkan tahap kerjasama dalam sesebuah organisasi bagi mencapai visi dan misi KMP. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti ceramah pengurusan strategik, ceramah agama, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, "flying fox" dan berakit di laut.