Friday, April 29, 2011

Tahniah Kepada Bakal Pelajar KMP sesi 2011/2012

PESANAN PENGARAH KMP KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2011/2012

TAHNIAH KERANA TERPILIH MENJADI WARGA KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara / saudari kerana terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Satu Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011 / 2012 di Kolej Matrikulasi Perlis.

TARIKH PENDAFTARAN ADALAH
PADA 23 MEI 2011 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 10.30 PAGI.
Saudara / Saudari juga diingatkan mematuhi etika berpakaian dan penampilan diri semasa mendaftar.

PENTING:
Pelajar juga perlu mencetak dan melengkapkan dokumen-dokumen berikut bagi keperluan pendaftaran di Kolej Matrikulasi Perlis :

Senarai semak dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran
Borang Maklumat M-I-S Pelajar
Borang Pengesahan Penglibatan Kokurikulum
Borang Maklumat Kesihatan Pelajar Sesi 2011/2012 (SULIT)
Borang Kad Pelajar / Matrik
Borang Ukuran Gambar (Gambar ukuran passport 9 keping)
Pelekat Kenderaan (stiker )

PERINGATAN :
Pelajar juga diingatkan membawa satu salinan muka hadapan buku akaun Bank Simpanan Nasional yang tertera no. akaun (tujuan pembayaran elaun wang saku pelajar)
Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2011/2012 - RUJUKAN
Garis Panduan Etika Pakaian dan Penampilan Diri Semasa Pendaftaran - RUJUKAN

Datin Hajah Azuyah binti Hassan
Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis