Friday, March 20, 2009

jamuan

trdtufvyugbuhbnijnhji

Tuesday, October 21, 2008

KMP @ Jamuan Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk warga KMP, Maaf Zahir Batin dari Pengarang MyKMP.Blogspot.com. Pada 15 Okt 2008, Dewan Seri Kayangan KMP dimeriahkan lagi dengan jamuan Aidilfitri peringkat kolej. Jamuan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Felo dan HEP ini berkonsepkan "open table" telah dimeriahkan dengan penyertaan dari semua kelas tutoran dengan hiasan meja yang kreatif dan hidangan yang lazat2. Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak kolej dan tak lupa juadah dari setiap kelas tutoran. Majlis diserikan dengan ragam pelajar yang mengenakan pelbagai fesyen raya dan alunan lagu raya oleh pelajar KMP yang berbakat. Acara mengunjung ke meja2 pelajar oleh warga staf KMP termasuk pengarah telah memeriahkan suasana. Pelajar juga mengadakan sesi kunjungan mesra ke meja kelas2 lain sambil menjamu selera. Acara sebegini telah dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga KMP samada yang telah tererat atau pun belum tererat disamping menghidupkan suasana sambutan Aidilfitri tersebut.

Saturday, September 20, 2008

KMP @ Majlis berbuka puasa perdana

Pada 16 sept 2008, Jawatankuasa felo telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana yang mana melibatkan semua staf dan pelajar KMP. Majlis ini menjadi sejarah kerana pertama kali diadakan semenjak KMP dibuka. Majlis yang diadakan agak santai kerana semua orang makan secara bersila. AJK komsas dan JPP turut membantu menghidangkan makanan kepada pensyarah dan pelajar sambil menyaksikan tayangan video klip keagamaan. Dalam majlis itu juga telah diselitkan majlis penutupan bulan kemerdekaan yang telah diuruskan oleh Unit Kokurikulum. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.

<

Wednesday, September 10, 2008

KMP @ Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sempena sambutan bulan kemerdekaan negara ke 51, Jawatankuasa felo dengan kerjasama HEP, Unit Dinamika dan JPP telah mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya pertandingan melukis baner, kayuhan merdeka, kempen kibarkan jalur gemilang di blok dan mlm dirgahayu merdeka. Setiap aktiviti telah mendapat sambutan hangat dari pelajar dan telah dilaksanakan dengan jayanya..jeng jeng jeng..




Sunday, August 24, 2008

KMP@KAKOM 2008 -Candid & Action

KAKOM 2008 telah berjaya dilaksanakan di KMNS dari 9-14 Ogos lepas. Kontinjen KMP hanya mampu menduduki tangga ke9 daripada 11 kolej yang menyertai. Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya membawa pingat untuk kolej. Segala suka duka sepanjang Karnival tersebut terpahat dihati setiap peserta yang terlibat. Lensa kamera kami (Pauzi, Saiful & Zul) sempat merakam aksi2 menarik sepanjang karnival tersebut. Sapa2 yang gambarnya tercandid tu..jangan maree..have a fun..




Wednesday, July 30, 2008

KMP@ Larian KAKOM 2008

Larian KAKOM 2008 yang telah diadakan pada 26 Julai lepas bertujuan untuk mempromosikan KAKOM kepada masyarakat setempat. Larian sejauh 5-10 km melalui pekan Arau ini telah disertai oleh semua pelajar KMP. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya..

<

Tuesday, July 29, 2008

Sukaneka Komsas Umi Habibah

Telah diadakan pada 12 Julai 2008 bertempat di padang KMP. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya "double mable", Sponge bob, baby step dan macam2 lagi. Acara penyampaian hadiah juga telah diadakan selepas acara tersebut

<