Tuesday, August 16, 2011

Iftar Perdana Kolej Matrikulasi Perlis 1432/2011


Keberkatan Ramadhan 1432 telah diserikan lagi dengan majlis Iftar Perdana yang telah diadakan pada 17 Ramadhan 1432 / 17 Ogos 2011 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Dengan kehadiran Pengarah KMP, majlis tahunan ini menjadi lebih bermakna.











Tuesday, August 9, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Kolej Matrikulasi Perlis


Pada 8.8.11, satu pelancaran bulan kemerdekaan peringkat kolej telah diadakan di KMP. Program yang telah diatur di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar ini telah disempurnakan oleh pengarah KMP, Datin Hajah Azuyah Hassan diperkarangan pejabat KMP pada jam 8.30 pagi.











Monday, August 1, 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia

Pada 2 Julai 2011, Kolej Matrikulasi Perlis telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjayakan larian serentak 1M 1S 1 Malaysia. Program yang bermula seawal jam 6.45 pagi dimana pelajar berkumpul untuk mendaftar dan melakukan sedikit regangan dan senamrobik. Program ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran Pengarah, Timb. Pengarah dan seluruh warga kerja KMP.




Tuesday, June 21, 2011

Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar






Pilihanraya JPP bagi sesi 2011/2012 telah diadakan pada 17 Jun 2011 bertujuan untuk memilih bakal JPP KMP sesi ini. Bermula 13 hingga 17 Jun telah diadakan kempen dan pidato untuk melihat bakat2 pemimpin yang bakal membantu meneraju KMP nanti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada calon yang menang.

Saturday, June 18, 2011

Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/12






MPPB 2011/12 bermula dari 23 hingga 27 Mei 2011. KMP telah menerima lebih kurang 1300 orang pelajar baru yang merupakan pelajar generasi ke 12. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa MPPB KMP kerana kelancaran MPPB yang lalu. Kepada pelajar gen 12, selamat maju jaya dan selamat menempuh alam baru di KMP.

Friday, April 29, 2011

Tahniah Kepada Bakal Pelajar KMP sesi 2011/2012

PESANAN PENGARAH KMP KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2011/2012

TAHNIAH KERANA TERPILIH MENJADI WARGA KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara / saudari kerana terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Satu Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011 / 2012 di Kolej Matrikulasi Perlis.

TARIKH PENDAFTARAN ADALAH
PADA 23 MEI 2011 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 10.30 PAGI.
Saudara / Saudari juga diingatkan mematuhi etika berpakaian dan penampilan diri semasa mendaftar.

PENTING:
Pelajar juga perlu mencetak dan melengkapkan dokumen-dokumen berikut bagi keperluan pendaftaran di Kolej Matrikulasi Perlis :

Senarai semak dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran
Borang Maklumat M-I-S Pelajar
Borang Pengesahan Penglibatan Kokurikulum
Borang Maklumat Kesihatan Pelajar Sesi 2011/2012 (SULIT)
Borang Kad Pelajar / Matrik
Borang Ukuran Gambar (Gambar ukuran passport 9 keping)
Pelekat Kenderaan (stiker )

PERINGATAN :
Pelajar juga diingatkan membawa satu salinan muka hadapan buku akaun Bank Simpanan Nasional yang tertera no. akaun (tujuan pembayaran elaun wang saku pelajar)
Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2011/2012 - RUJUKAN
Garis Panduan Etika Pakaian dan Penampilan Diri Semasa Pendaftaran - RUJUKAN

Datin Hajah Azuyah binti Hassan
Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis