Friday, April 18, 2008

Majlis Pohon Restu sempena peperiksaan akhir sem 2

Pada 7 April lepas, KMP telah mengadakan majlis pohon restu sempena peperiksaan akhir sem 2 yang akan berlangsung dari 14 hingga 18 April 2008. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengarah BMKPM, Dato Dr Zainal Abidin, Pengarah KMP, Pn Azuyah, semua pensyarah dan staf KMP. Dalam majlis itu, pengarah bahagian telah menyampaikan amanat kepada pelajar. Semua tetamu dan pelajar telah dihidangkan dengan jamuan makan yang lazat2..Selamat Berjaya untuk semua pelajar KMP dan selamat BERCUTI..



Thursday, April 17, 2008

Malam Gemilang A3

Pada 2 April lalu komsas Siti Khadijah telah mengadakan Jamuan akhir Sesi bertempat di Dewan Sri Kayangan. Beberapa orang felo telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan majlis tersebut termasuk Karaoke. Penghuni blok juga mengambil peluang pada malam itu untuk bermaaf-maafan.. KMP dalam kenangan.. Jumpa lagi..huhu