Monday, October 11, 2010

Selamat Menempuh PSPM 1







Kepada semua pelajar KMP sesi 2010/2011
Debaran telah bermula minggu ini dimana ujian MUET sedang berlangsung..
Disamping itu pelajar mula resah gelisah sepanjang minggu ulangkaji yang sedang berjalan sekarang sehingga 17 Oct 2010. Pertama kali menempuh peperiksaan di alam pengkolejan ini amat mendebarkan buat warga KMP tambahan pula hanya seminggu sahaja masa diperuntukkan untuk mengulangkaji semua subjek yang telah dipelajari sepanjang semester 1 bermula pertengahan Mei lepas. Ada yang telah bermula sejak dari awal semester lagi, ada yang bermula dipertengahan dan ada juga yang baru bermula disaat-saat akhir. Alhamdulillah, PSPM 1 telah berjalan lancar dari 18/10 hingga 26.10.2010 tanpa sebarang masalah. Harap-harap tiada yang lemah semangat dan putus asa. Teruskan perjuangan untuk mendapat keputusan yang terbaik.
Selamat Maju Jaya Untuk Semua. Semoga KMP terus cemerlang.