Tuesday, October 21, 2008

KMP @ Jamuan Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk warga KMP, Maaf Zahir Batin dari Pengarang MyKMP.Blogspot.com. Pada 15 Okt 2008, Dewan Seri Kayangan KMP dimeriahkan lagi dengan jamuan Aidilfitri peringkat kolej. Jamuan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Felo dan HEP ini berkonsepkan "open table" telah dimeriahkan dengan penyertaan dari semua kelas tutoran dengan hiasan meja yang kreatif dan hidangan yang lazat2. Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak kolej dan tak lupa juadah dari setiap kelas tutoran. Majlis diserikan dengan ragam pelajar yang mengenakan pelbagai fesyen raya dan alunan lagu raya oleh pelajar KMP yang berbakat. Acara mengunjung ke meja2 pelajar oleh warga staf KMP termasuk pengarah telah memeriahkan suasana. Pelajar juga mengadakan sesi kunjungan mesra ke meja kelas2 lain sambil menjamu selera. Acara sebegini telah dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga KMP samada yang telah tererat atau pun belum tererat disamping menghidupkan suasana sambutan Aidilfitri tersebut.

Saturday, September 20, 2008

KMP @ Majlis berbuka puasa perdana

Pada 16 sept 2008, Jawatankuasa felo telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana yang mana melibatkan semua staf dan pelajar KMP. Majlis ini menjadi sejarah kerana pertama kali diadakan semenjak KMP dibuka. Majlis yang diadakan agak santai kerana semua orang makan secara bersila. AJK komsas dan JPP turut membantu menghidangkan makanan kepada pensyarah dan pelajar sambil menyaksikan tayangan video klip keagamaan. Dalam majlis itu juga telah diselitkan majlis penutupan bulan kemerdekaan yang telah diuruskan oleh Unit Kokurikulum. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.

<

Wednesday, September 10, 2008

KMP @ Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sempena sambutan bulan kemerdekaan negara ke 51, Jawatankuasa felo dengan kerjasama HEP, Unit Dinamika dan JPP telah mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya pertandingan melukis baner, kayuhan merdeka, kempen kibarkan jalur gemilang di blok dan mlm dirgahayu merdeka. Setiap aktiviti telah mendapat sambutan hangat dari pelajar dan telah dilaksanakan dengan jayanya..jeng jeng jeng..




Sunday, August 24, 2008

KMP@KAKOM 2008 -Candid & Action

KAKOM 2008 telah berjaya dilaksanakan di KMNS dari 9-14 Ogos lepas. Kontinjen KMP hanya mampu menduduki tangga ke9 daripada 11 kolej yang menyertai. Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya membawa pingat untuk kolej. Segala suka duka sepanjang Karnival tersebut terpahat dihati setiap peserta yang terlibat. Lensa kamera kami (Pauzi, Saiful & Zul) sempat merakam aksi2 menarik sepanjang karnival tersebut. Sapa2 yang gambarnya tercandid tu..jangan maree..have a fun..




Wednesday, July 30, 2008

KMP@ Larian KAKOM 2008

Larian KAKOM 2008 yang telah diadakan pada 26 Julai lepas bertujuan untuk mempromosikan KAKOM kepada masyarakat setempat. Larian sejauh 5-10 km melalui pekan Arau ini telah disertai oleh semua pelajar KMP. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya..

<

Tuesday, July 29, 2008

Sukaneka Komsas Umi Habibah

Telah diadakan pada 12 Julai 2008 bertempat di padang KMP. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya "double mable", Sponge bob, baby step dan macam2 lagi. Acara penyampaian hadiah juga telah diadakan selepas acara tersebut

<

Monday, May 19, 2008

Minggu pengurusan pelajar baru 0809

Tanggal 12 Mei 2008, seramai 1186 pelajar dari 2189 yang ditawarkan telah mendaftar sebagai pelajar baru KMP generasi yang ke 9. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang MPPP tersebut antaranya taklimat akademik, kokurikulum, peperiksaan, HEP, perpustakaan dll. Aktiviti lain yang dijalankan seperti riadah, "fire drill", kuliah agama, kuliah moral, mentor-mentee dll telah banyak membantu pelajar baru untuk menyesuaikan diri di KMP. Harapan pengarah KMP, Pn. Azuyah agar pelajar belajar bersungguh2 untuk mendapat PNGK 4 telah meniupkan semangat kepada pelajar2 baru.


Saturday, May 10, 2008

Team Building Pensyarah KMP di Langkawi

Seramai 98 orang pensyarah KMP telah mengikuti kursus "Pengurusan Strategik Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Organisasi" bertempat di Kg Tok Senik Resort, Langkawi. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya ini telah berlangsung dari 5-7 Mei 2008 dan telah dikendalikan oleh "Puncak Iltizam Management Services". Objektif utama adalah untuk meningkatkan tahap kerjasama dalam sesebuah organisasi bagi mencapai visi dan misi KMP. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti ceramah pengurusan strategik, ceramah agama, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, "flying fox" dan berakit di laut.

Saturday, May 3, 2008

Team Building Staf Pengurusan dan Sokongan

Pada 25 hingga 27 april 2008 lepas, staf pengurusan dan sokongan KMP telah mengadakan Kursus Pengurusan Konflik dan Penyelesaian Masalah bertempat di Royal Guest House, Kota Bharu. Selamat datang ke Kelate. Kursus yang dikelolakan oleh Unit kaunseling KMP ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama staf KMP. Banyak aktiviti yang telah dijalankan, antaranya sukaneka di Pantai Irama, Bacok. Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Friday, April 18, 2008

Majlis Pohon Restu sempena peperiksaan akhir sem 2

Pada 7 April lepas, KMP telah mengadakan majlis pohon restu sempena peperiksaan akhir sem 2 yang akan berlangsung dari 14 hingga 18 April 2008. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengarah BMKPM, Dato Dr Zainal Abidin, Pengarah KMP, Pn Azuyah, semua pensyarah dan staf KMP. Dalam majlis itu, pengarah bahagian telah menyampaikan amanat kepada pelajar. Semua tetamu dan pelajar telah dihidangkan dengan jamuan makan yang lazat2..Selamat Berjaya untuk semua pelajar KMP dan selamat BERCUTI..



Thursday, April 17, 2008

Malam Gemilang A3

Pada 2 April lalu komsas Siti Khadijah telah mengadakan Jamuan akhir Sesi bertempat di Dewan Sri Kayangan. Beberapa orang felo telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan majlis tersebut termasuk Karaoke. Penghuni blok juga mengambil peluang pada malam itu untuk bermaaf-maafan.. KMP dalam kenangan.. Jumpa lagi..huhu


Thursday, March 13, 2008

Karnival membeli belah KMP

Karnival jualan ini telah berlangsung pada 12 & 13 Mac 2008 bermula jam 4 ptg hingga 8 mlm. Mcm2 juadah ade..mari2..beli kupon dulu, baru blh beli makanan. Niaga-niaga jugak..Final exam jgn dilupa..Ape2 pun..tahniah buat penganjur dn para peniaga sekalian..Kalo untung byk tu, jgn lupa keluar zakat..

Tuesday, March 11, 2008

Kursus peningkatan profesionalisme pensyarah Sains, Matematik & Sains Informatik di Langkawi

Kursus ini telah diadakan dari 5 hingga 7 Mac 2008 bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah. Semua pensyarah yang terlibat telah mendapat banyak pendedahan tentang sikap dan tanggung jawab terhadap tugas dan rakan sekerja. Masa yang terluang tidak dilepaskan untuk membeli belah di sekitar Pekan Kuah. Pengarah KMP, Pn Azuyah turut sudi meluangkan masa pada majlis penutup kursus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kursus ini..

Thursday, February 28, 2008

A3 in Tour at Penang

Pada 23 dan 24 Feb 2008, seramai 36 org pelajar cemerlang dari blok A3 KMP telah mengadakan lawatan ke sekitar Penang, KMPP, Sg. Petani dan A.Star. Banyak tempat2 menarik telah dilawati..hik hik hik. Next activities..tungguuu.. More foto at http://mpauzi.fotopages.com



Wednesday, February 27, 2008

Chemistry in Action












Unit Kimia Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan "ChemDay" dari 19 hingga 21 Februari 2008. Banyak acara telah diadakan sepanjang program tersebut, antaranya ChemTalk, ChemQuiz, ChemDraw, ChemRace dan kemuncaknya adalah ChemNight pd 21 mlm. TQ to Mdm Chlorine, Mdm Phenol, Mdm Benzaldehyde, Mdm Aniline, Miss Toluene, Miss Benzene & Mr Benzoic..memang best...HIDUP KIMIA !!!! more foto at http://mpauzi.fotopages.com


Friday, February 22, 2008

Pertandingan Nasyid


Pada 20 Februari 2008, Pusat Islam dengan kerjasama JPP Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan pertandingan Nasyid. Sebanyak 7 kumpulan telah mengambil bahagian..tahniah kepada penganjur.."Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serba bunganya, walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya"..more foto at http://mpauzi.fotopages.com


Friday, February 15, 2008

Pertumpahan darah di KMP





Huh..memang dasyat pelajar2 KMP. Ramai yg telah menyahut cabaran untuk menderma darah yg telah diadakan pada petang 14 Feb 2008 di Dewan Sri Kayangan. Kempen ini adalah usaha Hospital Kangar untuk mengumpul bekalan darah hospital. Tahniah buat pelajar2 yg telah berani untuk dicucuk..adooiii.. more foto at http://mpauzi.fotopages.com


Tuesday, February 12, 2008

A3 funtastic night

Kalau dengar tajuk pun memang mengancam..huh..mmg fun, mmg tastic. Aktiviti ni diadakan bertujuan merapatkan hubungan sesama ahli blok dn juga dgn felo2 blok..Kalau dh rapat tu, harap2 jgnla bergaduh..kalau berselisih fhm tu..pandai2la nak berbaik semula..hidup mst ceria dn harmoni..barula boleh blaja..Selamat Berbahagia.. more foto at http://mpauzi.fotopages.com

Chemistry in tour at Gurun