Tuesday, October 21, 2008

KMP @ Jamuan Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk warga KMP, Maaf Zahir Batin dari Pengarang MyKMP.Blogspot.com. Pada 15 Okt 2008, Dewan Seri Kayangan KMP dimeriahkan lagi dengan jamuan Aidilfitri peringkat kolej. Jamuan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Felo dan HEP ini berkonsepkan "open table" telah dimeriahkan dengan penyertaan dari semua kelas tutoran dengan hiasan meja yang kreatif dan hidangan yang lazat2. Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak kolej dan tak lupa juadah dari setiap kelas tutoran. Majlis diserikan dengan ragam pelajar yang mengenakan pelbagai fesyen raya dan alunan lagu raya oleh pelajar KMP yang berbakat. Acara mengunjung ke meja2 pelajar oleh warga staf KMP termasuk pengarah telah memeriahkan suasana. Pelajar juga mengadakan sesi kunjungan mesra ke meja kelas2 lain sambil menjamu selera. Acara sebegini telah dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga KMP samada yang telah tererat atau pun belum tererat disamping menghidupkan suasana sambutan Aidilfitri tersebut.