Monday, May 19, 2008

Minggu pengurusan pelajar baru 0809

Tanggal 12 Mei 2008, seramai 1186 pelajar dari 2189 yang ditawarkan telah mendaftar sebagai pelajar baru KMP generasi yang ke 9. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang MPPP tersebut antaranya taklimat akademik, kokurikulum, peperiksaan, HEP, perpustakaan dll. Aktiviti lain yang dijalankan seperti riadah, "fire drill", kuliah agama, kuliah moral, mentor-mentee dll telah banyak membantu pelajar baru untuk menyesuaikan diri di KMP. Harapan pengarah KMP, Pn. Azuyah agar pelajar belajar bersungguh2 untuk mendapat PNGK 4 telah meniupkan semangat kepada pelajar2 baru.