Monday, August 1, 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia

Pada 2 Julai 2011, Kolej Matrikulasi Perlis telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjayakan larian serentak 1M 1S 1 Malaysia. Program yang bermula seawal jam 6.45 pagi dimana pelajar berkumpul untuk mendaftar dan melakukan sedikit regangan dan senamrobik. Program ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran Pengarah, Timb. Pengarah dan seluruh warga kerja KMP.