Saturday, November 13, 2010

Karnival Pendidikan Kerjaya 2010






Karnival ini telah berlangsung dari 12 hingga 14 November 2010 bertempat di perpustakaan KMP. Menerusi program ini, pelajar dapat mengenali secara lebih dekat program yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS. Slot ceramah juga telah diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dengan lebih jelas oleh wakil institusi2 yang terlibat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh pengarah KMP, Datin Hajah Azuyah bt Hassan pada petang jumaat 12 November bertempat di DK1.

Monday, November 8, 2010

Banjir di Arau





Seluruh rakyat Perlis dan Kedah terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda sejak 1 Nov lepas. Kesan banjir juga terkena kepada staf dan pelajar KMP dimana jalan masuk dan keluar KMP telah tersekat. Nasib pelajar dan pensyarah agak baik kerana ketika itu cuti semester 1 dimana semua pelajar telah berada dikampung masing2. Kesan pasca banjir juga masih terasa dimana bekalan air bersih telah terganggu dan berkurangan. Pihak pengurusan KMP telah mengambil keputusan drastik dengan melanjutkan cuti pensyarah dan pelajar sehingga 10 Nov dimana sepatutnya akan bermula 8 Nov untuk semester 2. Masalah mungkin timbul untuk pelajar yang jauh dimana pada 16 Nov, pelajar akan kembali bercuti sempena cuti hari raya Haji. Diharap pelajar dapat menghabiskan cuti yang diberi dengan perkara2 yang berfaedah.