Saturday, September 20, 2008

KMP @ Majlis berbuka puasa perdana

Pada 16 sept 2008, Jawatankuasa felo telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana yang mana melibatkan semua staf dan pelajar KMP. Majlis ini menjadi sejarah kerana pertama kali diadakan semenjak KMP dibuka. Majlis yang diadakan agak santai kerana semua orang makan secara bersila. AJK komsas dan JPP turut membantu menghidangkan makanan kepada pensyarah dan pelajar sambil menyaksikan tayangan video klip keagamaan. Dalam majlis itu juga telah diselitkan majlis penutupan bulan kemerdekaan yang telah diuruskan oleh Unit Kokurikulum. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.

<