Monday, November 8, 2010

Banjir di Arau





Seluruh rakyat Perlis dan Kedah terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda sejak 1 Nov lepas. Kesan banjir juga terkena kepada staf dan pelajar KMP dimana jalan masuk dan keluar KMP telah tersekat. Nasib pelajar dan pensyarah agak baik kerana ketika itu cuti semester 1 dimana semua pelajar telah berada dikampung masing2. Kesan pasca banjir juga masih terasa dimana bekalan air bersih telah terganggu dan berkurangan. Pihak pengurusan KMP telah mengambil keputusan drastik dengan melanjutkan cuti pensyarah dan pelajar sehingga 10 Nov dimana sepatutnya akan bermula 8 Nov untuk semester 2. Masalah mungkin timbul untuk pelajar yang jauh dimana pada 16 Nov, pelajar akan kembali bercuti sempena cuti hari raya Haji. Diharap pelajar dapat menghabiskan cuti yang diberi dengan perkara2 yang berfaedah.

2 comments:

StingRay said...

Heh..dahsyat jugak.Air kolam naik tak? haha..

mPauzi said...

Yang peliknya, air kolam di KMP tu surut..